Powered By Blogger

Sunday, December 27, 2009

Mandi Manda di Wet World Resort Air Panas Pedas

24 Disember 2009
Selepas Iyddin check out dari Hotel Seri Malaysia Port Dickson lebih kurang pukul 11.00 pagi, Mama terus bawa Iyddin ke tepi pantai. Tapi sebelum mama lepaskan Iyddin mama pesan jangan mandi laut. Iyddin pun terus ke pantai sambil membawa bekalan beg plastik. Nak buat apa ye? Ha... inilah aktiviti Iyddin di pantai. Bukan kutip sampah... tapi Iyddin kutip lala. Banyak juga lala yang Iyddin dapat tapi tak ada dalam gambar. Sebabnya, mama Iyddin tak nak ambil gambar. Dia tak mau berpanas jadi dia duduk bawah pokok je dengan nenek nyang. Nenek je yang temankan Iyddin di tepi pantai. Mama ada juga belikan Iyddin layang-layang, tapi Iyddin tak pandai nak naikkan layang-layang tu. Mama pulak? Takkan nak naikkan layang-layang dari bawah pokok. Jadi, layang-layang tu terbang atas pasir aje lah... Kata mama lain kali jelah main layang-layang.
Lepas tu Iyddin pergi makan sate Haji Samuri. Ah... Leganya tekak dapat minum ice-blended chocolate. Setelah mengisi perut dan berehat, auntie Najwa (mama Yaya) telefon tanya kami di mana. Setelah berbincang, mama pun bawa Iyddin ke tempat Yaya menginap di PD. Oh... rupa-rupanya Yaya menginap di Hotel Corus. Besarnya kolam mandi di Hotel ni. Tentu Yaya seronok main air. Tapi mama tak benarkan Iyddin mandi di kolam ni. Kata mama kita jumpa Yaya kejap aje. Hu.. hu... hu... sedihnya tak dapat terjun kolam. Setelah bersalam-salaman, mama pun mula bergerak balik ke Johor. Masa ni Iyddin merajuk sebab gula-gula lolipop strawberry Iyddin mama bagi pada Yaya dan Haikal. Penat melayan rajuk Iyddin pun tidur...
Tiba-tiba...
"Iyddin,... bangun!" Nenek kejutkan Iyddin. Eh, dah sampai ke? Wah... rupa-rupanya mama singgah di Wet World Resort Air Panas Pedas Negeri Sembilan. Kata mama, "Ha... kat sini berendamlah puas-puas." Yaaa hooo!!!... Akhirnya Iyddin dapat juga main air. Agaknya mama kasihan tengok Iyddin bersedih tadi tu. Tu yang mama bawa Iyddin ke tempat ni. Ini dah kali ke-3 Iyddin ke tempat ni. Tempat ni memang 'best' untuk mandi manda. Ada kolam biasa dan ada kolam air panas. Mula-mula Iyddin mandi di kolam biasa dulu, lepas tu baru Iyddin temankan mama pergi merendam kaki di kolam air panas. Lihatlah aksi-aksi Iyddin di sini ye. Bye!
 
  
  

Saturday, December 26, 2009

Melancong ke Cameron Highland


22 Disember 2009,
Wahh!!! Hari ni Iyddin akan ke Cameron Highland. Seronoknya. Semua persiapan mama dah sediakan. Iyddin pun dah semak semua senarai barang yang mama catat. Antaranya :
Iyddin bertolak dari rumah Yaya. Ingatkan nak ajak Yaya ikut sekali. Tapi rupa-rupanya Yaya ikut mama dia pergi berkursus di Port Dickson sampai hari Khamis. Jadi Iyddin tak ada kawanlah nanti. Tapi, tak pe, mama kan ada... He.. he.. he... Mama Iyddin ni garang. Sikit-sikit nak marah. Sikit-sikit nak marah. Tapi Iyddin tak kisah. Iyddin tau dia baik hati. Kalau marah pun paling lama 5 minit.

Dalam perjalanan kami singgah di Petaling Jaya. Mama buat suprise untuk Iyddin. Mama singgah di kedai gambar dan kemudian mama hadiahkan Iyddin kamera jenama Samsung. Harganya RM499.00. Mama kata jaga kamera ni baik-baik jangan sampai jatuh. Bagi mengelakkan kamera mudah jatuh mama belikan juga tali kamera untuk disangkutkan di leher. Iyddin suka sangat. Terima kasih mama. Kata mama lagi, lepas ni jangan main handphone dia lagi untuk ambik gambar. Kata mama, "Habih bateri aku!" Mama pun ajar Iyddin cara-cara nak gunakan kamera ni. Jadi sepanjang perjalanan Iyddin pun berlatihlah ambil gambar. Ini adalah antara gambar yang mula-mula Iyddin ambil : (Sebenarnya banyak lagi, tapi mama dah delete sebab gambar tah apa-apa aje)

Pemandangan bukit batu kapur yang terletak di negeri Perak.

Kali ni perjalanan ke Cameron Highland lebih selesa. Iyddin tak mabuk sebab kali ni kami ke Cameron Highland melalui Simpang Pulai. Masa kali pertama pergi, kami lalu jalan Tapah. Iyddin termuntah-muntah dalam kereta sebab mabuk.



Iyddin tiba di Cameron Highland lebih kurang pukul tiga petang. Destinasi pertama mama bawa Iyddin ialah ke Rose Valley. Bayaran masuk orang dewasa RM4. Kanak-kanak comel macam Iyddin RM2. Cantiknya tempat ni. Apalagi, Iyddin pun mulalah berlari ke sana-sini. Habis semua tempat Iyddin jelajah. Banyak juga gambar yang Iyddin ambil di sini. Tapi semua tu tak lama. Bagi memastikan keselamatan kamera baru ni, mama ambil balik dari Iyddin. Mama kata, "Takut jatuh..." Bila kamera bertukar ke tangan mama, Iyddin pun ber'possing'lah untuk diambil gambar pula. 







Selepas melawat ke taman rose, Iyddin ke Cactus Point. Tiada bayaran masuk dikenakan di sini. Di sini terdapat banyak pokok bunga dan pokok cactus. Besar-besar sungguh cactus di sini. Mama, nenek dan nenek nyang sempat membeli sayur-sayuran dan buah-buah strawberry kering sebelum meninggalkan tempat ni.


Jam sudah hampir menunjukkan jam 6.00 petang. Kami pun bertolak ke apartmen yang telah ditempah awal-awal lagi. Apartment ni terletak di Tanah Rata. Di pertengahan jalan mama sempat singgah di pasar malam untuk membeli makanan untuk makan malam nanti. Iyddin dah tak larat nak ikut mama sebab dah kepenatan sangat. Iyddin duduk je dalam kereta dengan nenek dan nenek nyang.


Apartment tempat Iyddin menginap letaknya di tingkat 3. Penatnya mendaki anak tangga. Paling kesian pada Nenek Nyanglah. Terpaksa mendaki tangga perlahan-lahan. Sampai di aparment mama dan nenek terus menyediakan makanan untuk makan malam. Mama dah siap-siap beli beras dan makanan kering dari Kluang. (Macamlah di Cameron tak ada beras...) Iyddin pulak terus pergi tandas. Tak tahan... sepanjang hari Iyddin menahan buang air kecil. Lepas tu Iyddin terus mandi dan kemudian berehat-rehat di ruang tamu. Sejuknya duduk di Cameron Highland ni. Iyddin terpaksa tidur pakai baju sejuk dan stokin. Tengoklah gambar Iyddin tengah tidur ni.





23 Disember 2009,


Hari kedua di Cameron Highland. Tempat yang mula-mula Iyddin pergi ialah Bala Smoke House. Iyddin tak masuk, cuma tengok dari dalam kereta aje. Lepas tu Iyddin ke Taman Agro Tourism - Big Strawberry Farm. Besar betul tempat ni. Ada tempat strawberry yang boleh dipetik. Tapi mahal sangatlah. Sekilo RM40. Mama kata, "Siapa yang nak makan banyak-banyak tu?" Jadi Iyddin tak merasalah petik strawberry. Mama beli yang dah siap bungkus je. Sepeket baru RM6. Di sini juga ada Cactus Valley. Tapi kami tak masuk sebab dikenakan bayaran. Semalam pun kami dah tengok bermacam-macam jenis cactus. Jadi taklah teruja sangat nak masuk tempat ni. Kami naik ke atas lagi. Di sini terdapat kawasan pertanian yang menggunakan kaedah fertigasi. Memang best! Ada sayur-sayuran, strawberry, anggur pun ada juga. Rugi kalau tak singgah ke sini. Iyddin sempat bergambar menjadi strawberry.




 
Bila berjalan di sini jangan lupa mendongak ke atas. Ada buah anggguuurrrr.....

Selepas puas menjelajah di taman Agro Tourism, Iyddin di bawa pula melawat ke kawasan kebun teh. Luas dan cantik betul kawasan ni. Siap ada pasangan pengantin berpossing ambil gambar lagi. Iyddin pun tidak melepaskan peluang bergambar di kawasan ini.


Kemudian kami pergi ke Butterfly Garden pula. Tempat inilah yang Iyddin tunggu-tunggu. Bayaran masuk dewasa RM5 kanak-kanak RM2. Banyak betul rama-rama di taman ni. Semuanya cantik-cantik dan jinak-jinak belaka. Iyddin bukan setakat ambil gambar rama-rama. Gambar ulat bulu pun Iyddin ambil juga.









Haiwan sampingan yang terdapat di Butterfly Garden



Selepas melawat taman rama-rama Iyddin singgah di lokasi kebun teh Cameron Valley. Iyddin minum teh dan makan kek sambil menikmati panorama ladang teh. Tempat ni semakin cantik sekarang. Masa Iyddin mula-mula pergi dulu bunganya tak sebanyak sekarang. Seronoknya menikmati teh panas dalam udara yang sejuk ni.

Tempat terakhir yang Iyddin singgah sebelum balik ialah Strawberry Moment. Mamalah yang nak sangat pergi tempat ni. Mama kata nak menikmati ais krim yang cantik. Iyddin pun tumpang sekaki lah. Sejuk-sejuk pun layan ais krim. Apalah mama ni... Tengoklah gambar ais krim ni. Ais krim ni, ais krim nestle je tapi bila dihias dengan strawberry tu yang nampak macam sedap sangat tu.






Seterusnya kata mama, kita ke Port Dickson. Malam ni Iyddin akan menginap di Hotel Sri Malaysia Port Dickson pula. Iyddin akan sambung lagi cerita percutian Iyddin dalam post seterusnya. Bye!