
Nak dijadikan cerita baru-baru ni nenek Iyddin kemaskan tempat tidur tomei dengan tomot di tempat surat khabar lama. Nenek terus menjerit, "Ni siapa yang letak telur 3 biji kat sini ni? Habis semua pecah. " La... rupa-rupanya Iyddin jalankan juga eksperimennya tu. Huhuhuhu...
Meh kat sini mama nak kongsi sikit tentang telur pada Iyddin. Kalau Iyddin malas baca masa kecik-kecik ni mama harap bila Iyddin besar nanti Iyddin bole baca.
Ada macam-macam telur kat dunia ni. Ada telur ayam, telur burung, telur cicak, dan banyak lagi. Yang hari-hari Iyddin jumpa tentulah telur ayam kan. Bila kita pecahkan telur ayam di dalam telur itu terdapat “satu” kuning telur yang dikelilingi oleh putih telur. Tapi kadang-kadang kita tengok kuning telur tu ada dua. Emm... macamana pulak tu ye? Adakah jika telur itu menetas akan menghasilkan dua ekor anak ayam yang “kembar”?
Macamana dalam sebiji telur terdapat dua kuning telur?
Di dalam tubuh ayam betina (unggas pada umumnya), terdapat organ pembiakan yang berupa saluran panjang yang dimulai dengan Infundibulum (1), Magnum (2), Isthmus (3), Uterus (4) (shell gland), dan rongga rahim yang ada telurnya (5).
Sel telur berupa folikel (bakal kuning telur) “dilepaskan” oleh ovari (organ “penghasil” telur) dan “ditangkap” oleh Infundibulum. Di dalam Infundibulum inilah juga tempat terjadi “persenyawaan” oleh sel ayam jantan. (Sekiranya ada ayam jantan)
Seterusnya “bakal telur” tadi menuju saluran Magnum. Di tempat ini folikel akan “dibungkus” oleh albumen atau “putih telur” dan terus berjalan hingga ke Insthmus. Di sini ia akan mendapat “perlindungan” dari komponen Calsium pada Uterus. Di sini sebutir telur telah “tercipta”.
Seterusnya telur akan dikeluarkan dari tubuh ayam, dan jika di “erami” selama 21 hari, akan menetas menjadi anak ayam. Atau jika telur itu tidak disenyawakan oleh ayam jantan, maka “nasibnya” akan menjadi telur goreng macam yang hari-hari Iyddin makan tu...

Sekiranya “kuning” telur itu berhasil “disenyawakan” oleh ayam jantan, adakah akan “menetas” dua ekor anak ayam dari satu telur?. Jawabnya, boleh!, tapi disebabkan dalam proses perkembangannya kedua anak ayam itu akan saling “bertengkar” dan bersaing, lebih-lebih lagi di tempat yang “sesak”. Maka biasanya hanya satu anak ayam yang “hidup” atau kedua-duanya mati.
Ok Iyddin faham tak sekarang? Selalunya telur yang kita beli di pasar tu memang sudah tidak boleh dieramkan sebab telur itu tidak disenyawakan atau sudah disejukkan terutamanya yang dijual di pasar raya. Tengoklah kalau Iyddin dah besar sikit kita cuba bela ayam serama. Itupun kalau nenek izinkan. Hehehe...
Ok Iyddin faham tak sekarang? Selalunya telur yang kita beli di pasar tu memang sudah tidak boleh dieramkan sebab telur itu tidak disenyawakan atau sudah disejukkan terutamanya yang dijual di pasar raya. Tengoklah kalau Iyddin dah besar sikit kita cuba bela ayam serama. Itupun kalau nenek izinkan. Hehehe...
iddyin .. menarikny info ni.. keep it up! :)
ReplyDeletePintarnya iyddin
ReplyDelete