Powered By Blogger

Sunday, December 27, 2009

Mandi Manda di Wet World Resort Air Panas Pedas

24 Disember 2009
Selepas Iyddin check out dari Hotel Seri Malaysia Port Dickson lebih kurang pukul 11.00 pagi, Mama terus bawa Iyddin ke tepi pantai. Tapi sebelum mama lepaskan Iyddin mama pesan jangan mandi laut. Iyddin pun terus ke pantai sambil membawa bekalan beg plastik. Nak buat apa ye? Ha... inilah aktiviti Iyddin di pantai. Bukan kutip sampah... tapi Iyddin kutip lala. Banyak juga lala yang Iyddin dapat tapi tak ada dalam gambar. Sebabnya, mama Iyddin tak nak ambil gambar. Dia tak mau berpanas jadi dia duduk bawah pokok je dengan nenek nyang. Nenek je yang temankan Iyddin di tepi pantai. Mama ada juga belikan Iyddin layang-layang, tapi Iyddin tak pandai nak naikkan layang-layang tu. Mama pulak? Takkan nak naikkan layang-layang dari bawah pokok. Jadi, layang-layang tu terbang atas pasir aje lah... Kata mama lain kali jelah main layang-layang.
Lepas tu Iyddin pergi makan sate Haji Samuri. Ah... Leganya tekak dapat minum ice-blended chocolate. Setelah mengisi perut dan berehat, auntie Najwa (mama Yaya) telefon tanya kami di mana. Setelah berbincang, mama pun bawa Iyddin ke tempat Yaya menginap di PD. Oh... rupa-rupanya Yaya menginap di Hotel Corus. Besarnya kolam mandi di Hotel ni. Tentu Yaya seronok main air. Tapi mama tak benarkan Iyddin mandi di kolam ni. Kata mama kita jumpa Yaya kejap aje. Hu.. hu... hu... sedihnya tak dapat terjun kolam. Setelah bersalam-salaman, mama pun mula bergerak balik ke Johor. Masa ni Iyddin merajuk sebab gula-gula lolipop strawberry Iyddin mama bagi pada Yaya dan Haikal. Penat melayan rajuk Iyddin pun tidur...
Tiba-tiba...
"Iyddin,... bangun!" Nenek kejutkan Iyddin. Eh, dah sampai ke? Wah... rupa-rupanya mama singgah di Wet World Resort Air Panas Pedas Negeri Sembilan. Kata mama, "Ha... kat sini berendamlah puas-puas." Yaaa hooo!!!... Akhirnya Iyddin dapat juga main air. Agaknya mama kasihan tengok Iyddin bersedih tadi tu. Tu yang mama bawa Iyddin ke tempat ni. Ini dah kali ke-3 Iyddin ke tempat ni. Tempat ni memang 'best' untuk mandi manda. Ada kolam biasa dan ada kolam air panas. Mula-mula Iyddin mandi di kolam biasa dulu, lepas tu baru Iyddin temankan mama pergi merendam kaki di kolam air panas. Lihatlah aksi-aksi Iyddin di sini ye. Bye!
 
  
  

No comments:

Post a Comment