Powered By Blogger

Monday, February 15, 2010

Demam campak

Hari ini badan Iyddin penuh dengan ruam. Iyddin tergaru-garu aje dari malam tadi. Jadi petang tadi mama bawa Iyddin pergi klinik. Doktor sahkan Iyddin kena demam campak. Doktor kata bagi minum air kelapa. Lepas keluar dari klinik mama pun teruslah pergi beli air kelapa. Tapi bukan untuk Iyddin aje, untuk nenek, untuk auntie, dan mama. Sedapnya air kelapa waktu panas-panas macam ni. 

Sebelum ke klinik Iyddin sempat singgah makan di Radix Fried Chicken dan menyelesaikan tiga ketul ayam goreng. Saje bawa yaya dan auntie makan kat sini. Kat tempat diaorang takde RFC ni. Lepas makan sempat berposing di luar kedai sementara menunggu auntie mengorder lagi untuk dibawa balik.

 

 

Wednesday, February 10, 2010

Demam

Dah dua hari Iyddin tak datang sekolah. Lepas balik dari hospital Batu Pahat hari tu Iyddin demam dan selesema. Mama pun jangkit sama. Jadi hari ni cikgu Iyddin telefon maklumkan tentang suntikan polio. Sebab Iyddin dah tak datang semalam dan kelmarin Iyddin dah terlepas suntikan tu. Tapi kalau datang pun rasanya tak boleh cucuk sebab Iyddin demam. Jadi bila Iyddin dah sihat nanti mama bawa pegi klinik ye... Semoga lekas sembuh...



Monday, February 1, 2010

Aksi Tona!

Petang Sabtu lepas Iyddin terkocoh-kacah naik ke bilik.

"Mama... kamera mana?"

Lepas dapat kamera Iyddin terus berlari turun semula ke bawah .

Rupanya ada aksi dramatik daripada Tona yang Iyddin snap. Lihatlah aksi-aksi Tona hasil daripada jurugambar kecil ni.



  

 

* Komen nenek : Gambar Tona siket sangat...