Powered By Blogger

Tuesday, April 27, 2010

Beli buku...

Sejak semalam lagi Iyddin beria-ia nak beli buku di sekolah. Ada jualan buku di sekolah katanya. Malam tadi siap keluarkan duit tabung RM20 nak buat beli buku. Lepas kena marah dengan nenek sebab pakai duit tabung Iyddin simpan balik duit tu.

Jadi pagi tadi mama bagi RM3. RM1 duit belanja, RM2 buat beli buku. Sebab dalam senarai buku-buku tu harganya cuma RM2 saja. Mama memang tak berkenan Iyddin beli buku yang dijual oleh penjual buku di sekolah-sekolah ni. Kadang-kadang buku tu tak berkualiti langsung, tapi macam paksa rela budak-budak kecil yang tak tau apa-apa ni beli buku-buku tu.

Balik sekolah tadi mama nak tengok buku yang Iyddin beli. Jawab Iyddin...

"Alamak... Iyddin terlupa nak beli."

"Habis mana duitnya, kalau terlupa nak beli?"

"Iyddin dah buat beli burger, hot dog dengan ais krim..."

Baguslah tu, buku dah bertukar jadi burger dan ais krim.. hu .. hu.. hu...

Wednesday, April 14, 2010

Aksi manja Tona dan Iyddin

Belum masukkan kereta dalam pagar rumah lagi Tona dah menerpa. Agaknya sebab dah lama tak bawa jalan. Malaslah Tona... cuaca panas sekarang ni.... Iyddin pun apa lagilah terus masukkan dalam kereta. Jadilah, dapat duduk dalam kereta kejap.

Dalam kereta sepanjang perjalanan balik sekolah tadi Iyddin cerita yang kasut dia hampir-hampir hilang lagi. Ada budak darjah dua bawak lari kasut dia kat tangga. Lepas tu bila pergi cari dah tak ada. Iyddin cerita dia terpaksa beberapa kali turun naik tangga dan cari dari satu kelas ke satu kelas kasut dia tu. Dahlah sebelum tu kena cubit dengan cikgu sebab tak pakai kasut. Masa kena cubit tu cikgu tu tak tau yang kasut Iyddin hilang. Lebam lah jugak lengan dia kena cubit.

 Akhirnya, kasut tu Iyddin jumpa jugak di kelas darjah 6. Kesian Iyddin.... Mesti dia sedih dan penat. Bangunan tu 4 tingkat. Tangga pulak ada tiga. Cuaca pulak, emmm paham-paham la sendiri.... Harap-harap pelajar sekolah SRAB yang nakal-nakal ni tolonglah ubah sikap. Janganlah buli budak-budak kecil ni. Nanti mama Iyddin ni hilang sabar ada yang kena cubit kat sekolah nanti ni tau.. jaga-jaga....