Powered By Blogger

Wednesday, September 15, 2010

Teluk Gorek Mersing

Hari ni Iyddin ke Teluk Gorek, Mersing. Perjalanan dari Kluang mengambil masa 2 jam setengah sahaja. Kalau bawak laju-laju bole sampai lagi cepat. Kalau lagi laju terus sampai ke liang lahad hehehe... Mama Iyddin ni pemandu berhemah, jadi bawak kereta ikut had laju yang ditetapkan... (Cheh ngampu nampak...)

Chalet telah ditempah setengah jam sebelum bertolak. Alhamdulillah kami dapat dua bilik. Satu bilik RM100 je. Bole tambah tilam, bole tambah bantal, bole tambah apa-apa je...tapi kena tambah duit jugak la....

Jom layan mata tengok Iyddin di Teluk Gorek.




 



 




 


Friday, September 3, 2010

MAMA BELI KERETA BARU!!!











Hari ni mama bawak Iyddin pegi shopping baju raya lagi. 

Kali ni shopping kat Pacific. 

Mama belikan Iyddin T-Shirt dengan seluar. 

Dan tanpa disangka-sangka bila beli baju-baju tu orang tu tawarkan mama beli kereta ...  

Macam tak percaya mama setuju beli kereta tu. 

Selalu mama bukan main kedekut lagi. 

Mama terus bayar cash kereta tu. 

Bila bawa balik baru mama dengan Iyddin perasan, rupa-rupanya kereta tu jenama audi dengan nombor pendaftaran audi R8. 

Secara rasminya juga mama terus menetapkan kereta tu hakmilik mama. 

Iyddin tak ada can la nak gunakan kereta tu. 

Sebab kata mama, agaknya arwah abang audi nak sama-sama beraya dengan kita. 

Kebetulan kalau dia masih hidup umurnya 8 tahun.

Jadi mama sayang sangat kereta tu.

Mama kata... Rindu kat abang audi Iyddin...