Powered By Blogger

Thursday, May 27, 2010

Tona tak suka!!!!!

Tona dengan Iyddin memang mesra. Boleh dikatakan di mana ada Tona, di situlah ada Iyddin. Tidur sama-sama, main sama-sama, melepak depan tv sama-sama. Sekarang Tona tengah sarat mengandung. So Tona sedikit moody.


Suatu hari Iyddin nyanyi kuat-kuat. Suara Iyddin taklah sedap sangat. Sakit jugak telinga mendengarkannya. Masa tu Tona tengah tidur sebelah Iyddin. Mama baru nak tegur Iyddin jangan bising-bising, tapi Tona dah buat tindakan dulu. Tona bangun lepas tu dia terus gigit tangan Iyddin.


Apalagi, menjeritlah Iyddin. Mula-mula pelik jugak. Kenapa Tona gigit Iyddin. Hilang akal ke apa Tona ni? Lepas tu Tona sambung tidur semula. Iyddin nyanyi lagi. Tona bangun terus pergi masuk dalam beg. 


Masa tu barulah faham, rupanya Tona tak suka suara Iyddin yang tengah memekak tu. Iyddin terus sambung nyanyian dia yang sumbang tu. Lepas tu Tona geram..... Terus serang dan gigit baju Iyddin...


Hahaha... Iyddin tak payah nyanyi la lepas ni... Ingatkan mama je tak suka.... rupanya Tona pun sama...




Sunday, May 16, 2010

Hadiah untuk cikgu...

Sempena hari guru tahun ni, Iyddin nak hadiahkan cikgu Iyddin sesuatu. Hadiahnya.... rahsia.... Cikgu yang bertuah tu cikgu kelas Iyddin. Cikgu Siti Nasuha dengan Cikgu Asmah Laili. Iyddin doakan agar cikgu Iyddin sentiasa sihat, ceria dan diberkati Allah...


Iyddin juga nak ucapkan selamat hari guru kepada cikgu Suraya, cikgu Yazid, cikgu Ismail, cikgu Azlina, cikgu Fauzi dan semua cikgu sekolah Rendah Agama Bersepadu Kluang Johor.

Selamat Hari Guru, Terima kasih cikgu!


Hari Anugerah Cemerlang Sek Agama Taman Desa

Hari ni 16 Mei 2010, Sekolah Agama Taman Desa telah mengadakan Mesyuarat Agong PIBG kali yang ke-11 dan Hari Anugerah Cemerlang. Iyddin telah dijemput untuk menerima hadiah atas kecemerlangannya dalam ujian TAJ 6 Tahun pada akhir tahun 2009. Tahniah Iyddin. Semoga Iyddin terus berjaya dan berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran. 






Wednesday, May 12, 2010

Alhamdulillah....

Hari ni pergi hospital lagi sebab Iyddin masih demam. Sampai di hospital Iyddin terus kena ambil darah. Tapi kali ni berita baiknya Iyddin ok, bebas denggi. Alhamdulillah... dapat MC lagi 2 hari.  Minggu ni empat hari Iyddin tak datang sekolah. Periksa dapat nombor last lah kali ni.

Hari Ahad ni, tadika lama Iyddin adakan Hari Anugerah Cemerlang. Iyddin dijemput untuk menerima hadiah sebab masa peperiksaan akhir tahun yang lalu Iyddin dapat nombor satu. Yey.... Tahniah Iyddin!

Sunday, May 9, 2010

Demam : Suspek Denggi???

Pukul 9.00 malam mama bawa Iyddin ke Hospital bila demam Iyddin tak kebah-kebah. Hari ni pulak Iyddin asyik muntah dan cirit-birit. Ubat yang ada macam tak jalan je. Sampai di hospital mama terus bawa Iyddin ke bahagian demam. Walaupun sebelum ke hospital Iyddin dah makan ubat, tapi suhu badan Iyddin masih tinggi. 38'c .Doktor terus arahkan ambil darah. Nasib baik hari ni nurse tu pandai ambil hati dia. Jadi dia tak lah mengamuk macam hari tu. Lepas dapat keputusan doktor suruh ambil ubat dan datang lagi esok untuk cek darah. Sampai di rumah baru mama perasan borang check-up Iyddin tu borang pemantauan denggi. Doktor tak cakap apa-apa pulak tadi. Harap-harap bukan denggi.

Iyddin dapat MC dua hari, tapi dia sibuk nak ke sekolah. Sekolah Iyddin exam minggu depan ni. Takut benar dia tak dapat periksa. Mana boleh pergi sekolah Din... Tak pelah periksa tu. Bukan tak penting. Tapi kesihatan tu lebih penting... Apapun semoga Iyddin cepat sihat...

Saturday, May 8, 2010

DIY - Iyddin

Kali ni nak paparkan bagaimana Iyddin menghasilkan topi sendiri. Iyddin tengok cara-cara buat topi ni dalam kartun Fukuchan. Dalam kartun tu atuk Fukuchan buatkan Fukuchan dan kawan-kawannya topi. Iyddin pun terus ambil surat khabar dan gunting nak buat jugak. Jom skodeng aktiviti budak sorang ni.

teman setia tetap di sebelah dalam apa jua keadaan...




Friday, May 7, 2010

DEmam LAgi...

Alahai... budak sorang ni demamlah lagi. Sejak bersekolah ni, selalu sangat Iyddin demam. Dalam sebulan mesti ada demam sekali. Petang tadi badan dia panas sangat. Tidur pun meracau-racau. Harap-harap Iyddin cepat-cepat baik. Minggu depan dah mula exam. Takpelah yang lebih penting Iyddin sihat. Agaknya sebab terlebih makan ais krim kat sekolah lah ni.




Yang sekor ni pun sama pening macam tuan dia...


Mother's Day Basket 1  



Saturday, May 1, 2010

Cerita suatu petang...

Mama dan Iyddin dalam perjalanan pulang ke rumah setelah mengambil Iyddin di sekolah.

Mama     :      Iyddin, hari ni ada kena marah dengan cikgu tak?

Iyddin     :      Tak... hari ni Iyddin tak kena marah, tak kena cubit...
                     Hari ini Iyddin siapkan homework lepas mengaji.
                     Iyddin malas nak main-main kat surau hari ni.

Mama     :      Wah... bagusnya anak mama! Macam nilah baru
                     boleh jadi pengawas. Baik...
                     Berdisiplin...berharmoni...
                     Kepimpinan melalui teladan....

Iyddin    :       Mama.... Iyddin dah tak nak jadi pengawas la...

Mama    :       Hem.. kenapa tak nak jadi pengawas pulak ni?
                     Dulu beria-ia nak jadi pengawas.

Iyddin    :       Iyddin rasa Iyddin nak jadi cikgu je lah. Lagi best...

Mama    :      ????????????