Tona dengan Iyddin memang mesra. Boleh dikatakan di mana ada Tona, di situlah ada Iyddin. Tidur sama-sama, main sama-sama, melepak depan tv sama-sama. Sekarang Tona tengah sarat mengandung. So Tona sedikit moody.
Suatu hari Iyddin nyanyi kuat-kuat. Suara Iyddin taklah sedap sangat. Sakit jugak telinga mendengarkannya. Masa tu Tona tengah tidur sebelah Iyddin. Mama baru nak tegur Iyddin jangan bising-bising, tapi Tona dah buat tindakan dulu. Tona bangun lepas tu dia terus gigit tangan Iyddin.
Apalagi, menjeritlah Iyddin. Mula-mula pelik jugak. Kenapa Tona gigit Iyddin. Hilang akal ke apa Tona ni? Lepas tu Tona sambung tidur semula. Iyddin nyanyi lagi. Tona bangun terus pergi masuk dalam beg.
Masa tu barulah faham, rupanya Tona tak suka suara Iyddin yang tengah memekak tu. Iyddin terus sambung nyanyian dia yang sumbang tu. Lepas tu Tona geram..... Terus serang dan gigit baju Iyddin...
Hahaha... Iyddin tak payah nyanyi la lepas ni... Ingatkan mama je tak suka.... rupanya Tona pun sama...
No comments:
Post a Comment