Siapa nama anak puan?
Muhammad Izz Iyddin.
(Cikgu Iyddin ambil fail dan report card Iyddin.)
Tunggu sekejap ye... Ok, ni keputusannya....
(Ya, Allah... teruknya... kenapa Iyddin tak lulus math??? subjek lain pun markah tak memberangsangkan)
Kenapa anak saya tak lulus math ye cikgu? Di rumah, subjek nilah yang dia paling rajin sekali buat.
Tak taulah puan, agaknya di sekolah lain, di rumah lain. Kedatangan pun teruk ni.
Emm.. dia selalu sakit cikgu tahun ni. Cikgu, bagaimana sikap Iyddin di sekolah? Nakal tak?
Emm, boleh tahan juga puan...
(Sedihnya... kenapa Iyddin teruk sangat. Belajar teruk, sikap pun teruk. Pada mama Iyddin tu taklah seteruk tu.)
OKlah cikgu, tak pe. Terima kasih. Saya akan cuba bimbing dia lebih lagilah selepas ni.
Sama-sama.
(Mama ambil fail dan report card Iyddin dan terus ajak Iyddin balik)
Mama, Iyddin nak air hundred plus yang jual kat kantin tu boleh tak?
Dah.... takde air-air gas lagi dah. KFC pun jangan harap. Kenapa Iyddin teruk sangat dekat sekolah?
(Mama terus jalan masuk dalam kereta.) Dalam kereta...
Nah... ni tengok ni... macamana result Iyddin teruk sangat ni? (mama bagi report kad Iyddin pada Iyddin)
Eh... mama... ni bukan Iyddin punya!!
Hah????
Ni Muhammad Izzsyazreen punya...
Ye ke? Ya Allah... macamana boleh tak perasan nama tu lain tadi??
Ok, kita jumpa cikgu balik. Ambil Iyddin punya keputusan.
(Cikgu Iyddin minta maaf sebab salah bagi fail. Yelah nama pun dekat-dekat. Mama pun salah jugak sebab tak check nama tu. Sama-sama salah...)
Alhamdulillah... Iyddin dapat A dalam semua subjek. Walaupun markah tak 100%, keputusan keseluruhan Iyddin 94%.
(Tipulah tak nangis tengok result tu. Terharu sangat. Mungkin sebab perasaan dah macam-macam sebelum tu...)
Dan sikap... Iyddin seorang yang bersopan santun dan boleh dijadikan contoh kepada pelajar-pelajar lain... (Ye ke din...???) hihihi.
Jadi, mama dan Iyddin pun terus ke ... (lupa plak nama tempat tu..) Iyddin order chicken chop untuk meraikan kejayaannya...
Kesimpulannya... semoga mama lebih tabah lepas ni... hahaha.
No comments:
Post a Comment