Powered By Blogger

Thursday, August 26, 2010

LUNAKKAN SUARA DAN KATA-KATAMU...


Mengapa harus menjerit ?


"Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara himar." [Luqman:19]


Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya, "Mengapa ketika seseorang sedang dalam keadaan marah, ia akan berbicara dengan suara kuat atau menjerit?"

Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, "Kerana ketika itu ia telah kehilangan kesabaran, lalu berteriak".

"Tapi..." guru itu balik bertanya, "lawan bicaranya berada dekatnya. Mengapa harus berteriak? Apakah ia tak dapat berbicara secara halus?"

Hampir semua murid memberikan sejumlah alasan yang dikira betul menurut pertimbangan mereka. Namun tak satupun jawapan yang memuaskan.

Guru lalu berkata, "Ketika dua orang sedang berada dalam situasi kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walau secara fizik mereka begitu dekat. Kerana itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.

Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara keduanya pun menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa menjerit lebih kuat lagi."

Guru masih melanjutkan, "Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta? Mereka tak hanya tidak berteriak, namun ketika mereka berbicara suara yang keluar dari mulut mereka begitu halus dan kecil. Sehalus apapun, keduanya dapat mendengarkannya dengan begitu jelas. Mengapa demikian?"

Sang guru bertanya sambil memperhatikan para muridnya. Mereka nampak berfikir amat dalam namun tak satu pun berani memberikan jawapan.

Lalu guru menghuraikan "Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Pada akhirnya sepatah katapun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja amatlah cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan."

Sang guru masih melanjutkan, "Ketika anda sedang dilanda kemarahan, janganlah hatimu menciptakan jarak. Lebih lagi hendaknya kamu tidak mengucapkan kata yang mendatangkan jarak di antara kamu. Mungkin di saat seperti itu, TAK mengucapkan kata-kata mungkin merupakan cara yang BIJAKSANA. Kerana waktu akan membantu anda."

Sahabat, Buya Hamka pernah berkata , bahawa kata-kata yang lembut dan baik akan melunakkan hati, manakala kata-kata yang kasar dan kesat, akan mengeraskan hati.

Malah bagi pandangan ku, kata-kata adalah gambaran hati, jika hatimu lembut dan penuh kasih sayang, lidah mu pastinya menzahirkan bait kata-kata yang manis dan pesona, Insya'Allah. Begitu juga bila hatimu keras dan kasar, bahasa yang kamu zahirkan pasti saja mengundang luka dan derita.

Sabda Nabi s.a.w : “Apabila kamu mendengar bunyi ayam jantan berkokok maka mintalah kepada Allah akan kurniaanNya, ini kerana sesungguhnya ia melihat malaikat. Dan apabila kamu mendengar bunyi suara himar[keldai], hendaklah kamu meminta berlindung dengan Allah daripada syaitan kerana ia melihat syaitan”. [Sahih al-Bukhari dan Muslim].




Apakah begitu sukar untuk kita melahirkan kata-kata yang baik, apakah begitu berat untuk kita melafazkan pujian dan dorongan kepada insan lain? Bagaimana perasaan mu kala menerima kesatnya kata-kata yang engkau lemparkan, kemudiannya dibaling semula kepada mu? sakit hati, marah, benci, berdendam barangkali?

manusia itu fitrahnya perlukan sokongan, perhatian, diendahkan.. jika kamu sendiri tidak mahu disakiti, begitu juga orang lain tidak layak
kamu sakiti....


Tuesday, August 24, 2010

Baju Raya Iyddin

Iyddin dah beli baju raya. Mama belikan 2 pasang. Satu warna biru satu lagi warna kelabu. Songkok pun mama beli dua. Kata mama, sebab Iyddin pakai hari-hari kat sekolah. Iyddin beli kat pasar ramadhan jer. Mula-mula Iyddin tak nak ikut mama pergi sebab Iyddin nak tengok kartun doraemon. Tapi mama marah sebab mama kata nanti susah nak ukur. Lepas shopping baju masa nak beli makanan kat pasar ramadhan mama hampir pitam. Nasib baik mama sempat singgah kat satu gerai untuk duduk. Lepas berehat beberapa minit Iyddin , mama dan nenek terus balik. Tak dapat beli makanan.  Tapi lepas tu mama singgah kat pasar Ramadhan Taman Intan. Kali ni nenek sorang je yang turun. Iyddin dengan mama dua-dua dah tak larat.

Setakat hari ni Iyddin puasa penuh. Tarawikh pun Iyddin selalu pergi. Kalau mama tak pergi pun Iyddin pergi ikut atuk. Tapi lepas tu, pukul 9.30 mama ambik Iyddin. Mama selalu solat kat rumah je sebab mama tak tahan berdiri lama bila imam baca surah terlalu panjang. Mama selalu nak pitam. Agaknya bulan puasa ni tekanan darah mama rendah sikit. Harap-harap masa umrah nanti mama ok. Mama kata raya ni kena berjimat cermat. Sebab mama nak simpan duit tu untuk pergi umrah nanti. Iyddin tak sabar nak naik unta! Banyak juga Iyddin dengan mama dah belajar. Iyddin pun dah hafal bacaan masa tawaf nanti.

Raya tahun ni Iyddin beraya kat rumah je. Nenek Nyang kat Kelantan. Papa Iyddin pulak katanya ke Langkawi. Iyddin nak ajak mama main bowling lah raya ni. Tak pun layan blog je la....hmmmm.....

Saturday, August 21, 2010

RENUNGAN...

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah
menampalnya sendiri tanpa
perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu
kambing untuk keperluan
keluarga mahupun untuk dijual.


2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat
tiada makanan yang sudah siap
di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda
menyinsing lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina
'Aisyah menceritakan 'Kalau
Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.




3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat
berangkat ke masjid, dan
cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'




4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi.
Tentulah baginda teramat lapar
waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang
ada untuk sarapan. Yang
mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah
belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya
Khumaira?' (Khumaira adalah
panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang
bererti 'Wahai yang
kemerah-merahan' )
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum
ada apa-apa wahai
Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa
saja hari
ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.




5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala
melihat seorang suami sedang
memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa
engkau memukul isterimu?'
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
'Isteriku sangat keras
kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi
aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.
'Aku menanyakan mengapa
engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada
anak-anakmu? '




6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki
adalah yang paling baik,kasih
dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin,
sabar dan tawadhuknya
baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung
tidak sedikitpun menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.




7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat.
Dilihat oleh para
sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke
satu rukun yang lain amat
sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah
sendi-sendi
pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara
satu sama lain. Sayidina
Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu
langsung bertanya setelah
selesai bersembahyang,




'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan
menanggung penderitaan yang
amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'




'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan
menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh
tuan? Kami yakin engkau
sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.




Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para
sahabat amat terkejut. Perut
baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai
kain yang berisi batu
kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan
bunyi-bunyi halus setiap kali
bergeraknya tubuh baginda.




'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar
dan tidak punya makanan
kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para
sahabatku. Aku tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi
apakah akan aku jawab di
hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,
menjadi beban kepada
umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak
tidak ada yang kelaparan di
dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di
Akhirat kelak.'




8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun
makan di sebelah seorang
tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.




9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya
direntap dengan kasar oleh
seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di
lehernya. Dan dengan penuh rasa
kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing
si Badwi di dalam masjid
sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.




10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt
dan rasa kehambaan yang
sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak
sama sekali rasa ke tuanan.




11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH
langsung tidak dijadikan
sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika
di depan ramai mahupun
dalam keseorangan.




12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya
untuk baginda, baginda
masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,
terus-menerus beribadah
hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya
sudah bengkak-bengkak.




13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung
kemahuan jiwanya yang
tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya
Rasulullah, bukankah
engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih
bersusah payah begini?'
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah
aku ini hanyalah seorang
hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya
yang bersyukur.'




Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU
WALAUPUN SEPOTONG
AYAT.

Wednesday, August 18, 2010

Mama nak 'zassssss Tona'

Tona memang sengaja cari pasal.

Agaknya dah kesedapan sangat.

Perangai dah makin teruk.

Takde disiplin.

Mama memang dah hangin jer dengan si Tona ni.

Tengoklah.....

Berayala kat tempat lain lepas ni. Sebab...

Tona akan dibuang daerah.

Asyik berak kat penjuru rumah.

Ingat mama ni khadam dia asyik nak basuh taik.????

Tak sampai setengah jam cuci Tona dah melepas lagi.

Tona memang cari pasal. Anak-anak Tona lebih berdisiplin...

Siaplah kau Tona....

Sunday, August 15, 2010

Pesanan dari angkasa...


Bakal angkasawan yang cintakan Allah, agama dan bangsa....