Iyddin dah beli baju raya. Mama belikan 2 pasang. Satu warna biru satu lagi warna kelabu. Songkok pun mama beli dua. Kata mama, sebab Iyddin pakai hari-hari kat sekolah. Iyddin beli kat pasar ramadhan jer. Mula-mula Iyddin tak nak ikut mama pergi sebab Iyddin nak tengok kartun doraemon. Tapi mama marah sebab mama kata nanti susah nak ukur. Lepas shopping baju masa nak beli makanan kat pasar ramadhan mama hampir pitam. Nasib baik mama sempat singgah kat satu gerai untuk duduk. Lepas berehat beberapa minit Iyddin , mama dan nenek terus balik. Tak dapat beli makanan. Tapi lepas tu mama singgah kat pasar Ramadhan Taman Intan. Kali ni nenek sorang je yang turun. Iyddin dengan mama dua-dua dah tak larat.
Setakat hari ni Iyddin puasa penuh. Tarawikh pun Iyddin selalu pergi. Kalau mama tak pergi pun Iyddin pergi ikut atuk. Tapi lepas tu, pukul 9.30 mama ambik Iyddin. Mama selalu solat kat rumah je sebab mama tak tahan berdiri lama bila imam baca surah terlalu panjang. Mama selalu nak pitam. Agaknya bulan puasa ni tekanan darah mama rendah sikit. Harap-harap masa umrah nanti mama ok. Mama kata raya ni kena berjimat cermat. Sebab mama nak simpan duit tu untuk pergi umrah nanti. Iyddin tak sabar nak naik unta! Banyak juga Iyddin dengan mama dah belajar. Iyddin pun dah hafal bacaan masa tawaf nanti.
Raya tahun ni Iyddin beraya kat rumah je. Nenek Nyang kat Kelantan. Papa Iyddin pulak katanya ke Langkawi. Iyddin nak ajak mama main bowling lah raya ni. Tak pun layan blog je la....hmmmm.....
No comments:
Post a Comment