Powered By Blogger

Tuesday, November 30, 2010

mama dan papa

Iyddin  sayang mama dengan papa Iyddin.

mama suka marah iyddin.

papa pulak tolong Iyddin.

sebab tulah Iyddin sayang mama dan papa.


Monday, November 29, 2010

My friends and my Teachers



 Ini  gambar waktu iyddin tadika 5 tahun.

Tiba-tiba muncul di hawai!

hehehe...


 Tadika 6 tahun.


darjah 1 2010

Sunday, November 28, 2010

cuti sekolah

Iyddin dah cuti seminggu.

Iyddin nak tunggu kumbang.

tapi satu pun tak datang-datang sebab apa ya?

rasanya semuanya kumbang sedang pergi hawai.

Iyddin lukis Agumon di kertas buruk.

semua orang cakap lukisan Iyddin cantik.

jadi Iyddin masuk kan lukisan Iyddin dalam Frem.







Iyddin belajar tulis blog

Hari ini Iyddin belajar Tulis blog.

Iyddin nak tulis apa-apa aje.

Hari ini Iyddin makan rainbow rice ball.

Tomei kacau Iyddin.

Iyddin makan rice ball mama yang ada inti kacang hitam.



Saturday, November 27, 2010

Sayang si Tabby

Kucing-kucing kat rumah ni dah makin nakal dan berani.

Si Tomot suka lompat atas kereta mama masa mama undur kereta.

Si Tabby pulak cepat-cepat lompat atas kereta mama kalau mama balik rumah.

Si Tomei suka tidur bawah kereta. Kalau kereta nak jalan pun dia buat tak tau aje.

Lepas tu tiga-tiga ekor ni berebut-rebut masuk dalam kereta kalau bukak pintu.

Padahal tak pernah bawak jalan-jalan pun macam Tona dulu.

TApi hari ni ada kisah sedih yang berlaku pada Tabby.

Tabby mati dilanggar kereta.

Tepat di tengah-tengah badannya.

Tak tau siapa yang buat.

Bila mama tanya Iyddin kenapa tak jaga Tabby?

Iyddin kata masa tu dia pergi sembahyang Jumaat.

Bila balik dari masjid Iyddin dengan atuk tengok Tabby dah mati.

Tomot dengan Tomei pulak trauma.

Terus tak berani keluar rumah.

Kesian sangat....

TAbby dalam kenangan ~ _~
26 November 2010


Saturday, November 13, 2010

Kursus Umrah Kali Pertama

Hari ini Iyddin, mama dan nenek mengikuti kursus umrah kali pertama yang bertempat di Plaza Kotaraya. 

Kursus kali pertama ni sekejap aje. Lebih kurang dua jam setengah.

Kursus ni bermula jam 9.00 dan tamat pukul 11.30.

Lepas kursus Iyddin, mama dan nenek pergi shopping kat Kotaraya.

Mama dengan nenek beli jubah.

Iyddin pulak beli tuala nak buat kain ihram.

Kain ihram yang mama belikan Iyddin sebelum ni tersangatlah besar.

Bila pakai tuala barulah ngam-ngam dengan ketinggian Iyddin.

Lepas ni ada kursus umrah sekali lagi. Kali ni buat praktikal pulak.

Kursus kali kedua nanti akan diadakan di Masjid Bandar Baru Uda pada 4 Disember jam 2 petang.