Powered By Blogger

Saturday, November 27, 2010

Sayang si Tabby

Kucing-kucing kat rumah ni dah makin nakal dan berani.

Si Tomot suka lompat atas kereta mama masa mama undur kereta.

Si Tabby pulak cepat-cepat lompat atas kereta mama kalau mama balik rumah.

Si Tomei suka tidur bawah kereta. Kalau kereta nak jalan pun dia buat tak tau aje.

Lepas tu tiga-tiga ekor ni berebut-rebut masuk dalam kereta kalau bukak pintu.

Padahal tak pernah bawak jalan-jalan pun macam Tona dulu.

TApi hari ni ada kisah sedih yang berlaku pada Tabby.

Tabby mati dilanggar kereta.

Tepat di tengah-tengah badannya.

Tak tau siapa yang buat.

Bila mama tanya Iyddin kenapa tak jaga Tabby?

Iyddin kata masa tu dia pergi sembahyang Jumaat.

Bila balik dari masjid Iyddin dengan atuk tengok Tabby dah mati.

Tomot dengan Tomei pulak trauma.

Terus tak berani keluar rumah.

Kesian sangat....

TAbby dalam kenangan ~ _~
26 November 2010


No comments:

Post a Comment