19 Disember 2010
Sebelum balik dari rumah Yaya, mama ajak Yaya ikut balik Kluang.
Yaya nangis-nangis nak ikut.
Abah Yaya pun kemaskan baju Yaya.
Mama janji nak hantar Yaya balik lepas 2 hari.
Yeay.... Iyddin ada kawan la nampaknya.
Mula-mula mama macam nak pergi ke Teluk Kemang.
Tapi tiba-tiba mama tukar cadangan.
Mama pergi check-in hotel kat A-Famosa Resort.
Mama cakap dengan nenek jangan tanya harga. Diam-diam aje.
Malam tu mama bawak Yaya dengan Iyddin tengok Carnival dekat A Famosa Resort.
Best sangat. Tapi gambar tak cantik sebab malam kamera tak canggih.
Lepas karnival Iyddin terpisah dengan mama sebab orang ramai sangat.
Iyddin takut sangat sebab tak nampak mama.
Iyddin terus lari balik hotel. Iyddin cakap dekat nenek mama dengan yaya hilang.
(Sebenarnya Iyddin yang hilang...)
Iyddin ajak nenek cari mama dengan yaya.
Bila sampai dekat tempat karnival Iyddin nampak mama dengan Yaya baru keluar.
Mama marah Iyddin sebab tak ikut arahan dan berani sangat.
Mama kata dia tunggu kat tempat tu sampai orang habis keluar bila dia tak nampak Iyddin.
Lepas tu mama pusing-pusing tempat tu 3 kali cari Iyddin.Tapi tak jumpa.
Lepas tu mama pesan lain kali jangan pandai-pandai sendiri.
Nasib baik tak jadi apa-apa.
Tapi peliknya mama tak pukul atau cubit Iyddin. Kenapa ye???
Lepas check out dari A Famosa mama bawak Iyddin jalan-jalan lagi... Pegi mana? Entah.
No comments:
Post a Comment