Iyddin suka sangat main dengan semut. Sejak kecil Iyddin selalu leka berjam-jam main semut. Walaupun banyak permainan lain, tapi Iyddin lebih ralit dengan semut yang dijumpainya. Setiap kali jumpa semut Iyddin akan kelam kabut cari tuppaware. Iyddin selalu cakap nak bela semut. Kadang-kadang hobi Iyddin ni buat semua orang marah. Yelah... apa taknya, Iyddin bawa masuk semut-semut tu dalam rumah. Tak pasal-pasal nanti dia membiak dalam rumah.
Emm.. kali ni mama nak tunjukkan pada Iyddin macamana semut buat sarang. Selama ni Iyddin isi tanah dan tah apa-apa jer dalam bekas simpanan semut Iyddin kan. Sekarang Iyddin tengok bagaimana orang buat kajian tentang semut.
Semut merupakan serangga yang sangat rajin di mana kerajinanya banyak diungkap dan dimanfaati oleh manusia di seluruh dunia dalam peribahasa dan kata-kata bernas. Malahan dalam al-Quran sendiri pun sudah ada satu surah yang dedikasikan dan dinamakan semut (an-Naml).
Berbadan kecil dengan hanya 2 perut dan 3 mata, mereka dapat mengangkat beban 2 kali ganda daripada beratnya.
Mari kita lihat kenapa semut ini amat diagungkan oleh kebanyakkan orang. Eksperimen ini telah dijalankan oleh unit penyelidikan di NASA di Florida, USA. Siapa yang tak tahu siapa tu NASA sila angkat tangan. Semua sedia maklum kan NASA ni siapa, ala yang membuat penyelidikan sains untuk roket-roket tu kan. Dalam eksperimen yang dijalankan itu, kali ini NASA mahu melihat bagaimana semut membuat sarangnya.

Semut-semut ini diletakkan di dalam sebuah bekas khas yang tertutup yang dilihat seperti akuarium dengan hanya disinari oleh cahaya ultra violet (cahaya ungu yang mewakili cahaya matahari) dan medium dalam bekas itu adalah tanah lutsinar (mempunyai sifat-sifat galian dan nutrisi seperti tanah tetapi lutsinar). Mungkin macam gel minyak rambut kita tu kot hehe.
Setelah beberapa minit berlalu, semut-semut itu mula bekerja, membuat lubang-lubang jalan iaitu koloni-koloni kecil untuk membantu semut-semut lain bergerak di dalam “tanah”.
Hasilnya, terbentuklah pelbagai jenis lorong-lorong kecil yang menghubungkan jalan-jalan dalam tanah yang merupakan suatu seni yang amat unik.
Subhanallah, indah dan kreatif sekali makhluk ciptaan Allah ini. Mari kita mencontohi kerajinan dan kekreatifan semut ini dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Bukan itu sahaja, mereka juga dilihat bekerjasama untuk mencapai matlamat mereka untuk membuat sarang yang selesa untuk mereka.

No comments:
Post a Comment