Alhamdulillah, dah semakin besar anak mama. Semoga menjadi anak yang soleh, semakin bijak, semakin bertanggungjawab, semakin matang, semakin handsome, semakin disayangi dan segala-galanya yang positif.... Mama juga berharap agar Iyddin tabah menjalani kehidupan pada hari-hari yang mendatang dan cekal menghadapi segala rintangan.
Terima kasih kepada-Mu ya Allah kerana mengurniakan Iyddin sebagai anakku. Terima kasih Iyddin kerana Iyddin kerana sentiasa menemani mama dalam menempuhi suka duka kehidupan ini. Ya Allah berkati dan lindungilah anakku ini. Aminnn....