Inilah anak tikus yang berjaya Iyddin dan Tona kumpulkan hasil kehilangan misteri kain batik nenek semalam. Disebabkan kain batik yang hilang tu besar, maka... bayangkanlah betapa besarnya benda alah yang menarik kain batik tersebut. Iyddin dengan selambanya memegang anak "cik ti" itu dengan tangan manakala Tona pula juga dengan eksyennya membawa dengan mulut.
Aksi menjijikkan itu telah mendapat respon serta-merta daripada pelbagai pihak yang menjerit menyuruh mereka membuangnya. Adakah jeritan itu berhasil?.... Ohhh... tidak....
"Iyddin nak bela boleh???...."
(Boleh ke? Mana tau budak ni dah besar nanti jadi saintis ke kan? Kalau tak bagi nanti budak ni tak belaja sesuatu dan tak ada pengalaman. Nak bagi ke tak ni. Ha... bagi ajelah. Kalau tak makan n minum 2, 3 hari lagi matilah semua anak tikus tu kan? Bole terus buang lepas tu. So win win situation la ni...)
"Bole..., dengan syarat jangan pegang."
Dengan keputusan tersebut, maka terpaksalah aku menahan tekak ku yang mengembang beberapa darjah ni. Yaks!!! Geli beb.... Ada pulak malam tadi Iyddin nak bawak sangkar tu tidur sebelah dia... banyak cantik....
No comments:
Post a Comment