"Mama, harga ding dang seringgit kan?"
"Em..."
"Harga Tora pun seringgit kan?"
"Emm..."
"Hari ni mama tak payah bayar tau sebab Iyddin dah ada duit dua ringgit."
"Okay,... tapi mana Iyddin dapat duit? Jangan ambik duit dalam tabung tau. Tabung tu untuk masukkan duit, bukan keluarkan duit."
"Iyddin ambik dekat bunga riben nenek. Nenek bukan pakai duit tu, dia cuma buat perhiasan je..."
(yelah... tu. Pandai ... aje budak ni.)
Di pasar
"Iyddin nak beli ni dengan ni." (sambil menunjuk ke arah Tora dan Ding Dang)
"Semua sekali RM1.80" kata budak yang jaga gerai tu.
Muka Iyddin dah berubah. Sebab kat rumah kira dua ringgit.
"Alamak,... mama duit Iyddin cuma ada dua ringgit je...!"
Mama dan budak gerai tu, " Hi.. hi... hi..." (Lawak betullah iyddin ni...)
(Iyddin sedang mengikuti perkembangan blognya sambil kadang2 mencubit mama sebab geram... hi...hi... hi...)
No comments:
Post a Comment