Powered By Blogger

Sunday, March 7, 2010

Kasut

Hari Khamis lepas Iyddin balik sekolah dengan sebelah kasut sahaja.

"Mana kasut Iyddin lagi sebelah?"

"Tadi, Iyddin terpijak semut bangkai. Lepas tu Iyddin baling kasut tu. Lepas baling Iyddin cari dah tak ada."

Aik... pelik bin ajaib. Macam mana boleh hilang???

Jadi kasut Iyddin sekarang ni tinggallah sepasang setengah.

Jadi hari Sabtu lepas mama bawa Iyddin pegi beli kasut yang baru sebab kasut yang sedia ada dah buruk sangat rupanya. Apa taknya kasut tu digesel ke lantai sesuka hati. Hari pertama pakai dah berburas. Iyddin... Iyddin...

No comments:

Post a Comment