Powered By Blogger

Tuesday, March 9, 2010

Burung??? Biar betul...

"Mama... mama... Tona dapat tangkap burung!!!!"

Mama (Dalam bilik air) "Ye lah tu..."

"Betullah mama. Cepatlah keluar..."

"Tak heranlah setakat burung..."

"Ala mama... cepatlah keluar... Kalau tak, Iyddin tolak alas kaki ni masuk dalam bilik air"

Mama tengok alas kaki bawah pintu dah mula bergerak-gerak.

"Kejaplah... mama tengah mandi ni. Sibuk betullah"

Bila mama keluar, Iyddin pun dengan bangganya menunjukkan anak burung pipit yang dikurungnya dalam sangkar arwah hamster. Dalam sangkar tu dah berterabur beras dekat dua genggam nak kasi anak burung yang pengsan tu makan. Memandangkan waktu pun dah maghrib maka mama pun benarkanlah Iyddin simpan burung tu semalaman. 

"Esok pagi-pagi kena lepaskan tau..."

Dan tanpa disangka Iyddin bersetuju melepaskan anak burung tu keesokannya. Selalunya bukan main lagi sibuk nak bela. Rasanya Iyddin takut Tona baham anak burung tu kot...



2 comments:

  1. Cedera la jugak. Masa nak lepaskan burung pepagi tu, kurung tona dalam rumah dulu. Tp dia skodeng kat pintu. Bersinar-sinar mata dia. Bila dapat lepas je terus meluru nak tangkap burung tu semula. Nasib baik tak dapat...

    ReplyDelete