Hari ni mama bawa Iyddin pergi hospital untuk ambil suntikan yang tertangguh beberapa kali sebelum ni. Mula-mula tu Iyddin relaks jek. Tiba-tiba bila nama dia kena panggil masuk, terus menangis tak mahu. Puas mama pujuk, bebel, marah, dan macam-macam cara pun sudah dibuat Iyddin tak mau disuntik. Jadi nurse mintak izin guna cara kekerasan sikit. Apalagi bergemalah satu hospital dengar suara dia meraung-raung. Macamlah sakit sangat. Bebudak perempuan yang injek saing-saing dia semua sengih jek tengok gelagat Iyddin.Orang lain semua tak nangis dia sorang jek yang 'over acting'
Lepas suntik nurse yang pangku dia cakap apa...
"Aduh... Kaki acik lagi sakit pangku engkau ni tau"
Yang peliknya masa bersunat taklah nangis. Siap bole nyanyi-nyanyi lagi depan doktor.
Mama sempat merakamkan aksi Iyddin yang telah berjaya mengubah suasana hospital yang sunyi kepada gegak gempita seketika. He.. he... he... Sorry ye Iyddin. Ni kenangan seumur hidup ni tau... Mama dulu masa kecik-kecik setakat sepak doktor je. ...
No comments:
Post a Comment